Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Raja Mara Berkongsi 10 Peraturan Dunia Fizikal, Bahagian 1 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, anak murid Tuhan saya yang menawan. Saya kasihi anda. Saya sentiasa memikirkan anda dan cuba sedaya upaya untuk menjaga keselamatan anda dan keselamatan dunia. Pagi ini, orang-burung datang. Mereka khususnya sangat kuat decitannya, sangat gembira – berita baik dan perkara yang ingin saya dengar, dan saya ingin kongsinya dengan anda. Tapi macam ini, saya biarkan Matahari beritahu anda, biarkan orang-burung beritahu anda dan biarkan sesiapa saja yang boleh untuk beritahu anda kerana apa gunanya asyik memberitahu perkara, kemudian ia asyik berubah disebabkan oleh karma manusia yang sentiasa berubah-ubah. Jadi anda boleh lihat hari ini kita ada keamanan, esok mungkin tidak, kerana manusia tidak banyak berubah. Tak apa. Saya bercakap kebanyakannya utk anda. Andalah orang yang boleh saya harap untuk bantu saya menjaga keseimbangan spiritual di dunia ini sampai tahap tertentu supaya semua perkara buruk, bencana, peperangan tidak menjadi lebih teruk. Meskipun ia menjadi lebih teruk, ia tetap tidak seteruk seperti yang seharusnya tanpa tenaga pengamal spiritual untuk mengurangkannya. Jika tidak dikurangkan sepenuhnya, maka sebahagian daripadanya.

Okey, macam mana pun, ada sesuatu yang saya nak beritahu anda. Contohnya, hingga kini, masih ingat saya beritahu anda bahawa dalam kumpulan kita, kita ada 60% saudara seamalan yang baik dan 40% tidak baik. Sesetengahnya masih di Peringkat Astral, neraka atau malah standard hantu ghairah. Sebenarnya mereka bukanlah saudara seamalan sebenar. Mereka dilepaskan dari neraka dan dihantar masuk bagi menyebabkan penderitaan untuk Guru, untuk mengelirukan dan cuba menyesatkan anak murid saya! Tetapi dunia yang sarat dengan karma membolehkannya terjelma! Melihat perbuatan buruk mereka, perbuatan merompak, maka anda akan tahu mereka ialah apa, di dalam dan di luar! Anda dah lihat sesetengah drpd mereka terbongkar dlm tahun-tahun belakangan ini, gunakan nama saya, ajaran saya utk mendapat kemasyhuran dan untung!

Tetapi bilangan itu telah berubah. Contohnya, sekarang kita ada 74% saudara seamalan yang telah menaik ke tahap kedudukan spiritual yang baik. Peratusan ini dan perkara-perkara bukan sahaja dilaporkan atau diperhatikan oleh Syurga tetapi juga oleh Raja Mara. Pagi semalam, saya bercakap dengan Raja Mara untuk lihat bagaimana keadaannya di dunia ini. Selepas segalanya, dia ada sesuatu untuk dikatakan kerana dia seperti hakim di dunia ini, seperti jenis ketua hakim mahkamah di dunia ini. Dia tak pernah menyimpang seperti kadangkala ke kiri, kadangkala ke kanan. Tidak, dia sentiasa betul. Pengadilan-Nya tak pernah berat sebelah, tidak kira siapa anda. Jika anda berbuat salah, dia akan rekodkannya dan mengadili anda atau beri pengadilan dengan sewajarnya. Saya tak suka sistem ini, dah tentu, tapi tahulah, manusia memilih untuk datang ke sini bagi belajar, berseronok, memperbaik diri, menguji diri. Jadi macam itulah. Dan majoritinya gagal. Seba itulah kita ada dunia yang begitu tidak diingini, menyusahkan seperti sekarang. Baiklah, jadi kita ada lebih banyak anak murid yang bergred tinggi sekarang.

Contohnya, saya hanya melaporkan kepada anda beberapa perkara tentang kita yang malangnya orang lain langsung tidak berminat, jadi anda dengar. Saya harap kita boleh adakan perhimpunan dan suluk dan saya boleh beritahu anda saja tetapi keadaan tidak baik untuk ini sekarang, jadi saya perlu bercakap dengan anda secara terbuka melalui Supreme Master Television kita. Jadi sekarang saya beritahu anda bahawa kita ada... Oh! Saya tak dapat baca nota saya di sini pun. Saya catatkannya dengan cepat dlm kegelapan.

Lima puluh lima peratus berada di Peringkat Santo, bermakna Peringkat Keempat dan... 19% berada di Peringkat Kelima, jadi anda beramal dengan agak baik. Saya bangga dengan anda. Dah tentu, kita boleh menjadi lebih tinggi kerana lagi tinggi lagi baik tapi tak apa. Anda sudah bebas selama-lamanya. Orang yang menaik ke atas Alam Ketiga adalah bebas selama-lamanya. Hanya sedikit di atas Peringkat Ketiga pun, kita baik-baik saja. Dan mazhab-mazhab lain, semua sekali, 65% telah capai peringkat Santo. Bersama semua mazhab, 65% peringkat Santo. Sekarang, saya tak begitu gembira dengannya kerana kita belum semuanya sampai ke Peringkat Keempat, sekurang-kurangnya belum lagi tapi dah lebih baik drpd tiada apa-apa pun

Sekarang jumlah Santo di dunia, bermakna mereka yang berada di atas Peringkat Ketiga, di atas Tiga Alam, jumlah Santo di atas Tiga Alam, termasuk kita, adalah 16% daripada populasi dunia. Enam belas peratus daripada populasi dunia telah capai peringkat Santo di atas Peringkat Ketiga, pembebasan sepenuh, selama-lamanya. Ini rekod tertinggi kerana dunia ini tak pernah berjaya capai bilangan Santo ini sebelumnya dalam seluruh sejarah manusia hingga kini! Kumpulan kita, daripada 16% peringkat Santo ini, Santo kita sebanyak 8%. Oh! Ini bermakna separuh daripada bilangan Santo di dunia adalah dalam kumpulan kita walaupun kita ada bilangan anak murid yang sangat, sangat sedikit. Jadi ini bilangan yang agak gembirakan.

Daripada semua Santo di dunia, kita membentuk 50% daripadanya. Itu sesuatu untuk berasa gembira. Sekurang-kurangnya berita baik dan bukan sentiasanya kemuraman situasi dunia ini. Dah tentu, bilangan itu tidak besar sangat bagi saya tetapi tetap baik memandangkan sekarang zaman penghujung Dharma, ada segala kesusahan, godaan dan kesukaran di dunia, banyak daripada anda capai peringkat Santo. Tahniah dan saya kasihi anda atas itu. Saya kasihi anda macam mana pun, tidak kira apa pun, cuma hukum karma tak sentiasa membolehkan saya bersetuju dengan segalanya yang anda lakukan jika anda tidak bertindak mengikut Kehendak Tuhan atau melakukan perkara yang memudaratkan cara hidup spiritual kita atau cara hidup orang lain.

Sekarang, saya bercakap dgn Raja Mara kerana banyak makhluk melapor kepada saya tentang keamanan, jadi saya tanya dia sama ada itu benar atau tidak kerana sejak dia berundur, seperti yang saya minta, dia tidak lagi melakukan perkara secara aktif di dunia, tetapi hanya untuk sesuatu jenis percubaan, sesuatu pengalaman, saya ingin lihat sama ada manusia sahaja dapat mengemudikan destinasi karma sendiri, sama ada mereka dapat berdiri dengan kuasa spiritual dalaman sendiri atau tidak, sama ada mereka akan ingati Tuhan dengan ikhlas, mendalam atau tidak tanpa pengaruh dan pengadilan Raja Mara, bermakna mereka sendiri menguruskan karma, akibat perbuatan karma, tetapi saya tak nampak menjadi lebih baik juga. Manusia menjadi semakin kurang menghargai Berkat dan Rahmat Tuhan, dan nampaknya meletakkan diri sama ada di jalan jahat atau jalan leka rendah tanpa memikirkan masa depan.

Anda dapat sendiri lihatnya dengan segala peperangan ini meletus dan segala pertempuran yang tidak wajar sesama mereka, mengheret dunia ke bawah lagi. Kemudian memudaratkan populasi planet ini – manusia sahaja, belum kata lagi orang-haiwan dan spesies lain. Kita benar-benar memudaratkan diri. Jadi dalam keadaan itu, walaupun saya tahu banyak tentang berita perdamaian, berita baik dan sebagainya, saya tak berani sentiasa beritahu anda secara terbuka kerana saya tahu esok mungkin ia berikan cerita yang berbeza, cerita yang bertentangan. Ini perkara yang menyedihkan tetapi kita hanya boleh cuba sedaya upaya

Jadi saya berkata kepada Raja Mara dan dia kata, “Ya. Keamanan benar-benar akan datang.” Saya kata, “Ya, tapi aku tak nampak begitu banyak, tidak sebanyak yang aku suka. Tapi macam mana pun, beritahulah aku, bagaimana kita boleh menang? Bgmn kita dapat mengecap keamanan?” Jadi dia kata, “Disebabkan Kasih Sayang. Kasih Sayang menangi peperangan dan keamanan berpeluang untuk wujud.” Jadi saya berkata kepada Raja Mara, “Baiklah. Awak boleh terus melakukan pengadilan di dunia ini. Awak boleh terus membuat apa-apa saja dalam kuasamu untuk biar orang tahu bahawa terdapat akibat mengikut perbuatan mereka.”

Perbuatan baik membawa kesan baik. Perbuatan buruk membawa akibat buruk. Walaupun kadangkala orang tidak nampaknya dengan serta-merta, ia akan datang. Di dunia kewujudan dan peraturan fizikal ini, tiada sesiapa yang boleh terlepas. Dah tentu, anda, anak murid Tuhan saya, akan beritahu saya ini dan itu, bahawa anda jalani kehidupan yang lebih baik, ada keajaiban dalam kehidupan, rasa dilindungi tetapi anda ialah orang istimewa yang hormati hukum karma dan jalani kehidupan dengan sewajarnya! Itu sebabnya.

Guru dan pasukan Supreme Master TV yang dikasihi, Saya tulis surat ini utk ucap terima kasih kpd Guru kerana selamatkan nyawa saya dua kali sejak saya diinisiasi pada 2005. Kali pertama adalah pada 2007. Ia memang mengagumkan kerana Guru dapat mengubah masa dan ruang! Saya menaiki kereta, duduk di tempat duduk depan. Ketika melintas persimpangan, pemandu kereta kami memandu ke depan tanpa meninjau sebelah kanan jalan. Saya ternampak sebuah SUV yang jauh lebih besar daripada kereta kami sudah dekat dengan kami, hanya beberapa meter dari situ, datang dengan pantas dan mustahil bagi ia sempat berhenti kerana kami melintasi laluannya dan ia akan terlanggar tepat-tepat tempat saya duduk. Saya hanya sempat memejamkan mata rapat-rapat. Saya tahu perlanggaran itu tidak dapat dielakkan dan saya akan mati. Kemudian saya rasai terowong Cahaya terbuka di atas saya dan saya tahu bahawa saya akan dikeluarkan dari badan saya. Pada saat itu, saya hanya memikirkan kata-kata yang akan sentiasa saya ingat ini, “Guru, saya datang ini!” dan saya menunggu hentaman yang akan berlaku untuk melalui terowong Cahaya itu. Namun begitu, beberapa saat berlalu dan tiada perlanggaran. Berasa terkejut, saya buka mata dan lihat bahawa, dengan cara tidak dapat dijelaskan sama sekali, kami masih berada di tempat yang sama di jalan raya dan kereta yang beberapa saat sebelumnya hampir terlanggar kami sekarang jauh di belakang! Ia telah bergerak ke belakang dan bukan ke depan. Ini adalah mustahil sepenuhnya! Pada ketika itu, saya tahu bahawa Guru telah mengubah masa dan ruang untuk memberi kami peluang untuk melintasi jalan tanpa mengalami kemalangan.

Kali kedua Guru menyelamatkan nyawa saya adalah tidak lama sebelumnya pada 29 Oktober 2024 semasa banjir kilat di Valencia, Sepanyol. Hanya dengan bantuan Guru baru dapat kami meninggalkan rumah sebelum ia dibanjiri sepenuhnya – suami saya (saudara seamalan juga), enam teman kucing kami dan saya. Selepas itu, Guru menjaga kami, membantu kami melalui banyak orang baik. Saya tiada kata-kata, Guru Tersayang, untuk ungkapkan rasa terima kasih, rasa kagum dan rasa sayang saya kepada Guru. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi kami, melindungi dan membimbing kami. Kami sangat kasihi Guru. Dengan rendah diri dan rasa terima kasih tak terhingga, Anak murid Laia dan keluarga saya dari Valencia, Sepanyol

Saya ingin ucapkan terima kasih kpd Guru kerana mengasihi, menjaga dan mengajar anak murid yang buruk seperti saya dengan sepenuh hati. Dulu saya meragui Guru, dengan degil mempercayai apa yang saya anggap betul dan tidak mempercayai ajaran Guru sepenuhnya. Namun begitu, sejak masih kecil hingga sekarang, Guru telah menyelamatkan saya daripada cengkaman maut banyak kali.

Tiga waktu yang paling mengagumkan termasuk satunya di mana saya dilanggar oleh pemandu mabuk. Semua orang kata saya terpelanting ke udara lalu jatuh tetapi saya hanya nampak selubung putih dan sesuatu yang lembut memeluk saya apabila saya sedarkan diri. Apabila saya terjaga, saya lihat basikal saya rosak teruk tetapi saya tidak cedera sama sekali.

Kali kedua, seseorang yang menunggang motosikal pada kelajuan tinggi (kira-kira 80-90 kilometer/jam) terlanggar saya tetapi saya hanya alami sedikit calar dan basikal saya rosak sikit saja.

Kali ketiga, saya menunggang motosikal pada kelajuan tinggi (90 hingga 100 kilometer/jam) dan apabila menghampiri selekoh, selendang leher saya tiba-tiba menaik ke muka dan menutup mata saya selama kira-kira satu atau dua minit. Apabila saya dapat lihat semula, saya lihat saya berada di lokasi ‘sebelum’ selendang menutup mata saya dan kelajuan motosikal masih pada 90 kilometer/jam. Saya segera mengurangkan kelajuan motosikal dan lafazkan Nama-nama Suci.

Sejak 2019, terdapat tiga letusan COVID-19. Saya menyedari betapa bertuahnya saya menjadi anak murid Guru. Walaupun terdapat begitu banyak keadaan kucar-kacir di luar, keluarga saya sangat selamat dan tiada apa-apa yang berlaku.

Asalkan kita percaya kepada Guru, menjadi vegan, mematuhi Lima Rukun, bermeditasi dengan nisbah yang betul, membuat perkara mengikut ajaran dan arahan Guru, Guru akan bersama kita hingga hari terakhir dunia, seperti dalam lagu-Nya ‘Aku akan Kasihimu Selama-lamanya’, sama ada sebelum atau selepas kematian, di Bumi, di Syurga atau mana-mana alam yang lain. Oleh itu, kita saudara seamalan tidak harus takut akan masa depan tetapi harus cuba bersungguh-sungguh untuk bermeditasi, bertaubat atas apa-apa saja yang kita tidak buat dengan baik dan syukur kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa bersama dengan Guru setiap hari. Semoga Guru dan umat manusia akan menang. Huy Hoàng dari Âu Lạc (Vietnam)

DAN LAIN-LAIN…

Anda dilindungi, sudah pasti. Tetapi itu kerana Kuasa Guru membantu dan melangsaikannya, tetapi ia tak dapat sentiasa melangsaikan jumlah keseluruhan dan bukan yang besar atau jahat. Jadi anda masih perlu hidup mengikut Rukun Tuhan, Lima Rukun Buddha. Kita malah ada peraturan Mara. Saya akan bacanya untuk anda lepas ini.

Photo Caption: “Suatu Rentetan Kejadian Gembira yang Berkaitan dgn Bawa Kegembiraan kepada Makhluk Lain”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/5)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-05-31
1778 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-01
1390 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-02
1108 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-03
1 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-03
1 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-02
823 Tontonan
Filem Pendek
2026-06-02
491 Tontonan
Filem Pendek
2026-06-02
511 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-06-02
1108 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-06-01
399 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun