Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Persidangan Perubahan Iklim Antarabangsa, Bahagian 5 daripada 18

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai dan Howard Lyman, kedua-duanya vegan, menjawab soalan tentang subsidi, kebaikan pertanian vegan organik serta keburukan memakan daging orang-haiwan dan penternakan orang-haiwan.

(Terima kasih.) Adalah membanggakan dapat alami tenagamu. Orang Red Indian Amerika kami ialah pencinta alam yang pertama di negara kita. Soalan saya kepada kamu ialah: Daging takkan menjadi industri yang begitu besar tanpa saluran runcit makanan segera. Apa yang boleh dibuat dengannya?)

Howard: Apabila kita berhenti dan lihat restoran makanan segera hari ini, berapa banyak daripada kalian menyedari berapa banyak wang kalian telah disalurkan untuk mensubsidi harga hamburger yang semurah mungkin itu? Jika bukan kerana subsidi daripada pembayar cukai Amerika, kita akan lihat empat auns burger berharga kira-kira $12.

Kalian percaya tak bahawa orang yang pergi ke restoran makanan segera akan beratur untuk burger pada harga $12 tanpa subsidi? (Tidak.) Berapa banyak drpd mereka menyedari bahawa apabila kita bercakap tentang perkara seperti penyakit lembu gila, ia memerlukan jumlah bahan yang akan menutup hujung tajam pin itu untuk menyebabkan penyakit yang 100% boleh bawa maut?

Jika kita ambil separuh daripada burger empat auns itu dan bawanya ke makmal DNA, kita akan dapati ada antara 500 dan 1000 haiwan yang berlainan dalam satu burger. Adakah kalian rasa selesa dengan salah satu daripadanya tidak dijangkiti? Adakah kalian rasa kita tak boleh gunakan subsidi daripada pembayar cukai Amerika untuk pendidikan, jaminan sosial, warga emas, membina semula jalan raya dan jambatan kita? Adakah kalian sedar hari ini bahawa Amerika Syarikat belanjakan antara AS$30 dan AS$60 bilion untuk mengimport minyak bernilai AS$20 bilion dari Timur Tengah? Tak bolehkah kita buat dengan lebih baik? Tak haruskah kita melakukan ini: ambil masa 10 tahun dan buat kita menjadi berdikari dalam tenaga elektrik? Bolehkah kita melakukan ini? Dah tentu kita boleh melakukannya.

Sebenarnya kita boleh mendapat makanan yang selamat, menyihatkan pada harga yang seharusnya dan tidak disubsidi oleh rakyat Amerika, mengambil wang cukai kita dan buat perkara yang kita benar-benar nak lihat lebih banyak.

Master: Terima kasih, En. Lyman. Terima kasih kerana menjadi contoh yang begitu baik.

(Terima kasih, Howard.) Saya percaya soalan kita yang seterusnya, soalan ke-4, ditujukan kepada Mahaguru Ching Hai.)

(Nama saya Steve Bhaerman atau Swami Beyondananda apabila saya memakai serban. Itu waktu saya menyalurkan Swami. Jadi serban ditanggalkan, dia menyalurkan saya sekarang. Mahaguru Ching Hai, saya hargai peluang untuk berada di sini. Dalam satu rancangan TV baru-baru ini, Guru cadangkan bahawa sebenarnya kerajaan boleh mensubsidi petani untuk menanam sayur. Boleh Guru membuat ulasan lanjut tentang itu?)

Master: Ya, encik. Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada En. Howard Lyman sekali lagi atas ucapan yang sangat baik dan teladan yang luar biasa. Jika beliau, sbg penternak lembu yg kaya boleh meninggalkan segala-galanya sekali gus macam itu untuk menjadi vegan, maka saya percaya semua orang boleh belajar daripada contohnya. Beliau kehilangan lebih banyak daripada banyak daripada kita tapi beliau memang tinggalkan segalanya untuk menjadi orang vegan. Terima kasih, encik, kerana menjadi contoh terserlah.

En. Swami, pertanian organik sentiasa ideal untuk kesihatan dan ekologi seperti yang dibuktikan oleh ahli sains. Pertanian organik bukan sahaja baik untuk kesihatan dan ekologi tetapi juga memastikan air bersih dan alam sekitar selamat.

Oleh sebab pada masa ini amalan ini tidak tersebar luas dan digalakkan oleh kerajaan atau media, jadi pada pendapat saya, daripada mensubsidi penternak yang kerugian wang dalam pengeluaran daging (orang-haiwan) atau kerana daging (orang-haiwan) dicemari penyakit atau sesuatu… daripada mensubsidi itu, kerajaan boleh mensubsidi petani supaya mereka ada lebih banyak sokongan kewangan sehingga ini menjadi lebih stabil sebagai suatu amalan dan pasaran ada lebih banyak permintaan terhadap makanan organik. Kemudian petani akan sanggup hasilkan lebih banyak makanan vegan bagi membekal untuk kesihatan manusia dan planet ini. Itu apa yang saya maksudkan dengan “lebih banyak mensubsidi pertanian organik” kerana ia membantu dari banyak segi, bukan sahaja kesihatan tetapi juga air, kesihatan planet ini.

Sekarang kita kekurangan makanan. Jadi jika petani digalakkan untuk lebih banyak menanam serta kerajaan menyokong dan mensubsidi, maka dah tentu kita takkan ada masalah. Orang akan ada lebih banyak makanan vegan untuk dipilih dan petani juga akan sanggup membekalkannya. Itu maksud saya. Terima kasih, Swami.

(Mari kita dengarnya utk Howard Lyman dan Mahaguru! Whoo! Howard dan Mahaguru Ching Hai, terima kasih atas komen kalian yang sangat bernas, Howard, atas kata-katamu yang membuka mata. Seluruh dunia perlu dengar apa yang dikatakan oleh Mahaguru dan apa yang dikatakan oleh Howard Lyman. Saya tertanya-tanya mengapa Mahaguru perlu memberitahu dunia apa yang memang harus diberitahu oleh media arus perdana kepada dunia. Bukankah begitu? Tanyalah sendiri soalan itu, mengapa mereka tidak menyampaikan maklumat ini? Apa yang perlu kalian buat hanyalah lihat iklan televisyen dan kalian akan mendapat jawapannya. Fikirkanlah itu. Sekarang sebuah video pendek tentang realiti ‘Bayang Panjang Ternakan’.)

Master: Jane seorang vegan tetapi beliau begitu bertenaga. Jika kalian lihat beliau, semua orang seharusnya terasa macam mereka nak segera menjadi vegan. Lihatlah tenaga yang beliau ada sepanjang masa, bukan hari ini saja. Sepanjang masa. (Terima kasih, Mahaguru.) Saya lihat kamu dalam banyak rancangan. Kamu sentiasa macam ini.

Kamu contoh orang vegan yang sangat baik. Terima kasih. (Terima kasih, Mahaguru.) Ibu saya berusia 92 tahun dan beliau seorang vegetarian.) Oh! (Beliaulah orang yang mengajar saya ini.) Wau! (Beliau sangat tajam fikiran. Beliau tidak hidapi penyakit Alzheimer. Beliau gunakan internet. Beliau gunakan YouTube. Beliau gunakan Google.) Wau! (Beliau sentiasa beritahu saya supaya berhenti melayari internet kerana beliau ingin gunakannya. Beliau diejek atas diet vegetariannya ketika saya masih kecil. Jadi jika kalian ingin hidup lama dan sihat, jadilah vegan. Kalian akan capai usia 92 tahun dan penuh bertenaga.) Betul tu.

(Sekarang kita ada video yang sangat pendek yang benar-benar menggariskan masalah ini. Banyak orang tak nak hadapinya. Mereka tak nak menonton video. Mereka tak nak lihat apa yang benar-benar berlaku. Saya memuji kalian dan anda semua yang menonton di rumah kerana lihat maklumat yang penting ini. Mari kita mainkannya.)

Pemakanan daging ialah pembunuh utama Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan: Menternak haiwan sebagai ternakan ialah salah satu penyumbang terbesar kepada perubahan iklim.

Mengurangkan impak penternakan haiwan seharusnya diletak sebagai salah satu tumpuan utama untuk dasar alam sekitar.

20% daripada semua gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global adalah daripada penternakan haiwan – lebih banyak daripada semua kereta, lori, bot, pesawat dan kereta api di dunia

Kumuhan haiwan menghasilkan: Metana: 23 kali lebih kuat daripada gas rumah hijau daripada kereta dan pengangkutan lain Gas nitrus oksida: 296 kali lebih kuat daripada gas rumah hijau daripada kereta dan pengangkutan lain Gas ammonia: Menyumbang kepada hujan asid dan pengasidan ekosistem. Hampir 2/3 daripada gas rumah hijau adalah daripada ternakan.

Buatlah Berita Baik: Menjadi Vegan. Pelihara Alam.

MC:Jane Velez-Mitchell: Kami ada program yang menarik untuk kalian. Saya begitu gembira dengan seluruh dunia menonton dan mendengar ini kerana, berkat usaha Mahaguru Ching Hai, maklumat ini tersebar ke dunia, sekali lagi, lebih 30 bahasa, 14 satelit dan internet. Ini disiarkan di seluruh dunia. Orang menonton dan berubah sebagai hasilnya.

Sekarang kita akan ada yang pertama daripada tiga ahli panel. Kita begitu teruja adanya antara pakar terbaik sebenar dalam bidang ini, dalam gerakan ini, bersama kita hari ini. Dr. Gurminder Singh daripada Institut Teknologi Hijau, Dr. Jim Stewart daripada Jawatankuasa Pemanasan Global Kelab Sierra dan akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, Profesor Ryan Galt, seorang pakar pertanian yang terkemuka daripada Universiti California, Davis.

Pertama sekali, mari kita mulakan dengan Dr. Singh. Apa telah berlaku kepada planet ini? Saya faham bahawa kamu ada data baharu yang mengejutkan untuk diberitahu kepada kami dan ia melibatkan pemanasan global. Kami ingin dengarnya dan dunia ingin dengarnya. Beritahulah kami tentangnya.

Dr. Singh: Biar saya bercakap terus. Kita telah melepasi titik kritikal, telah sampai ke titik kritikal lebih kurang setahun yang lalu. Apa yang tidak dikatakan oleh ahli sains ialah karbon bukanlah masalahnya.

Photo Caption: “Dalam Alam Semula Jadi, Kecantikan Sudah Diatur oleh SEMUA DNA.”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/18)
1
Kata-kata Hikmah
2026-04-13
1161 Tontonan
2
Kata-kata Hikmah
2026-04-14
989 Tontonan
3
Kata-kata Hikmah
2026-04-15
797 Tontonan
4
Kata-kata Hikmah
2026-04-16
641 Tontonan
5
Kata-kata Hikmah
2026-04-17
577 Tontonan
6
Kata-kata Hikmah
2026-04-18
448 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-04-18
725 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-04-18
448 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-18
734 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-04-17
14 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-04-17
577 Tontonan
Dunia di Sekeliling Kita
2026-04-17
13 Tontonan
Alam Haiwan: Penghuni Bersama Kita
2026-04-17
10 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-04-17
1066 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun