Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Dr. Will Tuttle (vegan), pengarang ‘Diet Keamanan Dunia’, bincangkan bagaimana tingkatkan belas kasihan terhadap orang-haiwan dapat mengubah masyarakat.(Dr. Tuttle, inginkah kamu beri ulasan tentang aspek evolusi krisis kerohanian ini?)Dr. Will Tuttle: Ya. Apa yang saya temui dalam kajian saya tentang ini untuk masa yang panjang ialah kita semua dilahirkan dalam budaya yang ada suatu teras tersembunyi yg merupakan tabu bagi kita bincangkan. Adalah tabu bagi kita bincangkannya sebagai suatu budaya kerana kita, di peringkat yang dalam, rasai banyak kesesalan dan kesedihan atas jumlah kekejaman rutin yang sangat besar yang kita lakukan terhadap haiwan untuk makanan, secara rutin setiap hari dalam budaya ini untuk makanan, dan juga untuk hiburan dan penyelidikan. Jadi adalah tabu utk bercakap tentang ini. Saya rasa itu salah satu sebab utama persidangan ini begitu berharga. Kita sebenarnya bercakap tentang apa yang tabu. Sentiasa ada rasa ini apabila bercakap tentang subjek tabu, ada sejenis sifat ini, “Oh, tidak! Jangan bercakap tentangnya.” Tetapi juga ada aspek “Oh, wau! Adalah berkuasa bercakap tentangnya.”Ini bayang yang sangat tersembunyi di teras budaya kita, saya percaya. Teras ini pada asasnya ialah mentaliti reduksionisme yang diajarkan kepada kita pada asasnya sejak waktu kita meninggalkan rahim ibu, datang ke dunia ini dan mula makan makanan yang kita terpaksa makan dalam budaya ini. Selepas kita kehilangan susu ibu, kita diberi daging dan rembesan haiwan yang dikejami. Jadi kita diajar sejak usia yang muda lagi untuk menurunkan status makhluk sebagai benda, komoditi saja. Jadi ini ialah mentaliti komodifikasi hidupan. Ini mentaliti reduksionisme. Ini mentaliti pengecualian juga kerana kita belajar sejak kecil lagi untuk mengecualikan makhluk tertentu dalam liputan belas kasihan kita. Apabila kita buat begitu, kita secara automatik boleh lakukan keganasan terhadap mereka kerana kita katakan sesuatu seperti, “Mereka hanya diletak di sini untuk kita gunakan,” atau “Mereka tiada roh.”Setiap institusi dalam budaya kita bekerjasama dalam menyuntikkan mentaliti ini secara ritual ke dalam setiap daripada kita sejak waktu kita dilahirkan. Institusi keluarga kita, institusi agama, institusi pendidikan, institusi media, kerajaan, undang-undang, setiap institusi dalam mana-mana budaya, semuanya bekerja bersama untuk biarkan budaya itu berkembang, apa-apa pun budaya itu. Sama ada ia membinasakan dan ganas atau sama ada ia sangat bijak dan pemurah, institusi dalam budaya itu secara natural kembangkannya macam itu.Jadi apa yang saya sedari ialah kita semua telah dipaksa untuk ambil bahagian dalam ritual keganasan harian yang berasaskan reduksionisme, komodifikasi, eksploitasi, pengecualian. Pada asasnya, saya berfikir dengan lagi mendalam daripada itu tentang pengabaian yang kita pelajari sejak kecil lagi untuk abaikan realiti yang berada di atas pinggan kita dalam setiap sarapan, makan tengah hari dan makan malam, realiti yang sebenarnya diperlukan untuk bawanya ke atas pinggan kita. Jadi kita belajar sejak kecil lagi melalui amalan kemahiran mengabaikan perkara dan kita menjadi pakar menjelang waktu kita berusia 10, 12 atau 15 tahun dalam kemahiran mengabaikan perkara. Jadi kita boleh memusnahkan hutan hujan, menebang semuanya, memusnahkannya dan kita abaikannya saja dan berkata, “Oh! Tak benar-benar berlaku.”Lautan dimusnahkan dan kita abaikan itu. Anak muda kita bunuh diri disebabkan putus harapan tetapi kita abaikan itu. Jadi saya rasa teras seluruh tabu budaya asas yang kita bincangkan di sini hari ini ialah mentaliti yang budaya kita mahu, dalam jiwa dan terasnya, langkaui, lepasi dalam evolusi. Saya rasa kita tahu di peringkat yang lebih dalam bahawa tujuan kita di planet ini adalah berkembang, menjadi sedar dan menjadi berkat hidup di dunia, bahawa kita di sini benar-benar untuk berkati dunia ini dan menemui cara unik kita sendiri untuk menjadi berkat itu.Jadi saya rasa ini memang merupakan cabaran yang kita hadapi sebagai suatu budaya. Mengapa cara terbaik yang boleh sesiapa pun lakukan adalah menjadi orang vegan? Kerana menjadi orang vegan adalah mengambil bertanggungjawab untuk riak yang memancar dari hidup saya ke dalam dunia. Itu mentaliti rangkuman radikal, berkata, “Saya akan masukkan semua makhluk hidup ke dalam liputan belas kasihan saya.” Jadi pada asasnya ini sikap yang banyak menyembuhkan kita dan positif dengan hidup, tetapi ini lebih daripada hanya sikap. Sebenarnya ini amalan dalam hidup. Kita tak boleh menjadi vegan secara teori saja. Ini praktikal. Sebab itulah saya begitu suka akannya – sebenarnya ini sesuatu yang kita amalkan dan lakukan.Saya rasa pada luaran, kebanyakan orang anggap veganisme sebagai kita sentiasa berkata ‘tidak’. Kita kata, “Tidak, maaf, saya tidak makan ini. Saya tidak makan aiskrim. Saya tidak makan telur. Saya tidak makan keju, dan tidak, tidak, tidak.” Orang berkata, “Ya Tuhan, kamu memang negatif. Kamu berkata tidak kepada ini dan tidak kepada itu. Kamu takkan pergi zoo. Kamu takkan…” Tetapi sebenarnya saya rasa memang penting untuk ingat bahawa sikap yang kelihatan negatif, berkata ‘tidak’ itu sebenarnya ialah ‘ya’ besar – ‘ya’ kepada kebaikan hati, belas kasihan, kemampanan, kebebasan, kedamaian, berkat dan keadilan kepada semua makhluk hidup. Disebabkan perhatian berat itulah pada asasnya kita mengikut kehidupan di mana kita tunjukkan kebaikan hati dan belas kasihan terhdp makhluk hidup lain dengan enggan membayar kepada saudara kita untuk membuat kerja bunuh mereka yang tidak berhati perut, kejam dan menjatuhkan maruah.Martin Luther King berkata, “Keganasan di mana-mana pun cederakan semua makhluk di mana-mana saja. Kita semua berhubungan.” Jadi saya rasa adalah penting untuk ingat bahawa jika saya keluarkan dompet dan mula bayar kepada seseorang untuk mengurung lembu atau ayam atau menzalimi haiwan ini untuk makanan dengan sesuatu cara, sebenarnya saya ialah orang yang bertanggungjawab atas itu. Saya bayar kepada mereka utk buat kerja yang saya sendiri tak nak buat. Jadi yang mendasari ini saya rasa ialah mesej yang sangat positif bahawa kita dapat mengubah budaya kita.Dalam ‘Diet Keamanan Dunia’, salah satu perkara yang mula-mula sekali saya katakan ialah revolusi sebelumnya yang pernah budaya ini alami adalah antara lapan dan sepuluh ribu tahun dahulu. Saya panggilnya sebagai ‘revolusi gembala’ yang pada asasnya kita mulakan di negara yang sekarang ialah Iraq, mula memiliki haiwan.Kali pertama orang mula memiliki haiwan dan anggap mereka sebagai harta benda saja, itu reduksi asas, dan dengan itu muncul segalanya yang lain. Kita mula memiliki manusia. Perhambaan berlaku. Kita mula ada golongan elit kaya yang muncul. Mereka memiliki modal. ‘Modal’ bermakna ‘kepala’ seperti dalam kepala ternakan. Jadi kapitalisme pertama adalah sepuluh ribu tahun dahulu dengan golongan elit kaya yang muncul, memiliki modal ini. Mereka mahukan lebih banyak tanah. Mereka mahukan lebih banyak modal. Cara paling pantas untuk menjadi kaya pada masa itu adalah mencuri, pergi berperang dan berlawan dengan kapitalis lain untuk mencuri ternakan mereka atau memenangi ternakan mereka dgn kalahkan mereka dlm pertempuran. Perkataan pertama untuk ‘peperangan’ di planet ini yang kita ketahui ialah perkataan Sanskrit lama ‘gavya’ yang bermaksud keinginan terhadap lebih banyak lembu. Itu perkataan pertama untuk ‘peperangan’.Orang yang kalah pula, pada asasnya ternakan mereka menjadi harta benda orang yang menang, dan lelaki menjadi hamba, wanita menjadi gundik. Itu memang waktu yang kejam. Ia bangkitkan sifat paling buruk dalam diri orang. Lelaki perlu menjadi keras, ganas, kejam dan mengabaikan perasaan mereka. Wanita diturunkan statusnya sebagai harta benda saja yang dibeli dan dijual seperti harta benda. Jika kita lihat penulisan pertama yang kita ada, Epik Gilgamesh kuno, penulisan Sumeria lama, penulisan Iliad, Odyssey, Wasiat Lama, yang pertama, kita lihat menjelang waktu tempoh sejarah muncul tiga ribu tahun yang lalu, segalanya menjadi mantap. Terdapat perhambaan dan wanita ialah harta benda. Alam semula jadi, hidupan liar juga diturunkan statusnya sebagai perosak saja. Mungkin mereka akan ganggu ternakan kita, jadi kita mahu hapuskan mereka.Sesiapa yang miliki paling banyak modal, paling banyak biri-biri, kambing dan lembu ialah orang yang mengawal masyarakat. Mereka mengawal semua institusi. Mereka mengawal agama dan pendidikan. Adakah berbeza hari ini? Maksud saya, mengapa hari ini peperangan masih perkara yang paling menguntungkan bagi golongan elit yang kaya? Kerana kita masih makan makanan yang sama. Di penghujung hari, kita pulang ke rumah dan makan daging haiwan yang dikejami, dan kita makan rembesan haiwan sama yang dikejami ini. Jadi kita mengekalkan institusi yang sama. Sebab itulah kita hadapi begitu banyak kesusahan untuk capai kemajuan besar di dunia ini dan dalam segala usaha untuk keadilan dan kemampanan ini kerana kita masih makan makanan yang sama.Pada asasnya kita masih memperkukuh dalam diri kita idea bahawa ‘kekuatan datangkan hak’, idea bahawa kita boleh mengecualikan makhluk hidup lain dalam liputan belas kasihan kita dan idea bahawa peperangan ialah cara yang baik untuk menjana wang. Ini mendasari budaya ini. Ini ialah keganasan hidup di teras budaya kita yang tiada sesiapa boleh lihat. Adalah tabu untuk bercakap tentang ini. Jadi setelah kita mula nampaknya, kita mendapat pemahaman tentang gambaran besar budaya kita. Kita menyedari mengapa veganisme begitu penting, mengapa ia cara paling berkesan yang boleh sesiapa saja lakukan utk berkati dunia kita dan mengapa tiada apa-apa yang lebih pemurah, lebih suci dan mulia, saya rasa, yang boleh sesiapa lakukan daripada mengambil tugas menyebarkan mesej veganisme ini, kerana di teras veganisme, perkara lain ialah dominasi ke atas makhluk feminin. Haiwan yang paling banyak dikejami dalam seluruh sistem ini ialah haiwan betina. Di ladang tenusu, di ladang cara kilang untuk babi, ayam, lembu, ikan, semua ini, pada asasnya haiwan betina dan kitaran pembiakan haiwan betinalah yang dikuasai tanpa belas kasihan.Jadi kita takkan dapat lakukan ini terhadap haiwan betina ini jika kita tidak mengabaikan kebijaksanaan dan kepekaan inheren kita sendiri yang secara natural tahu bahawa bahagian paling suci dalam hidup kita, benda paling suci dalam alam semula jadi ialah golongan ibu yang lahirkan bayi, menjaga bayi itu, menyusui bayi itu, penyarangan. Ini sesuatu yang harus kita ada rasa bangga dan hormat.Tetapi ladang tenusu dan semua tempat ini, pada asasnya ia merupakan operasi rogol dan bunuh di mana haiwan betina dikurung, bayi mereka dicuri, mereka dirogol sekali lagi, kita ambil produk mereka. Jadi ini bukan sahaja mudaratkan mereka tetapi juga mudaratkan kita.Ajaran spiritual silam semua tradisi menekankan – apabila kita mudaratkan makhluk lain, kita lebih banyak mudaratkan diri sendiri daripada kita mudaratkan mereka, bahawa apa-apa yang kita paling inginkan untuk diri sendiri, kita harus berikan kepada makhluk lain. Jadi jika saya mahukan kebebasan, ketenangan, kegembiraan & kasih sayang untuk diri sendiri, saya dipanggil utk berikan itu kpd makhluk lain Jika saya beri kesengsaraan, perhambaan dan dominasi kepada makhluk lain, kesudahannya kita akan didominasi. Sebab itulah kita semakin banyak dapati dalam budaya kita, kita dihambakan. Ini kerana kita menghambakan makhluk lain. Jika kita mahu menjadi bebas, kita perlu bebaskan makhluk lain. Ini ialah ajaran pembebasan yang saya rasa kita semua tahu di teras diri kita.Saya masih ingat membesar di Concord, Massachusetts. Saya makan makanannya, jumlah daging, hasil tenusu dan telur yang besar. Saya masih ingat ketika saya berusia kira-kira lapan tahun, saya berkata kepada ibu saya, “Adakah ini apa yg semua orang makan?” Beliau berkata, “Ya, ini apa yang semua orang makan,” kemudian beliau berkata, “Ada orang vegetarian…” Beliau katakannya macam, “Tapi jangan risau, kamu takkan temuinya! Mereka tinggal di planet lain. Mereka berjauhan. Jangan risau!” Saya masih ingat saya membesar dan ketika berusia kira-kira 12 atau 13 tahun, saya pergi ke ladang tenusu ini. Saya dalam perjalanan ke kem musim panas di Vermont. Ia bergabung dengan ladang tenusu organik. Ini pada pertengahan tahun 1960-an, agaknya, atau sesuatu.Itu begitu menarik kerana ini jenis tempat yang kita berfikir tiada apa-apa kecuali kebaikan boleh datang, sebuah ladang tenusu organik Vermont. Saya masih ingat kami turun ke bawah. Kami semua diajar untuk sendiri menangkap ayam dan letak ayam di atas papan potong di atas tanah ini, kemudian letak kepalanya di antara dua batang paku, kemudian dalam sebelah tangan lagi, kita memegang kapak dan memenggal kepalanya. Dia berlari ke sana sini dengan memercikkan darah, kemudian apabila dia dah mati, kami ambil bangkainya dan celupkannya ke dalam air panas. Kami makan ayam itu.Saya masih ingat, sebagai kanak-kanak berusia 12 atau 13 tahun, saya tiada masalah dengan itu. Saya telah diindoktrinasikan dgn dalam. Saya telah melalui indoktrinasi intensif selama 12 atau 13 tahun, tiga kali sehari. Saya tahu, sebenarnya, bahawa ayam hanyalah ayam. Ia tiada roh dan ia diletak di sini oleh Tuhan untuk kita gunakan. Jika saya tidak makan ayam atau daging ini, saya akan mati dalam masa 24 jam akibat kekurangan protein. Saya akan mati! Jadi kita terpaksa lakukannya. Ia telah ditetapkan macam itu. Saya masih ingat kemudiannya, kami buat begitu juga terhadap lembu. Seekor lembu tidak menghasilkan susu yang mencukupi dan kami dibawa ke ladang tenusu organik ini. Kami tembak lembu itu pada kepala sebanyak tiga kali dengan senapang. Dia rebah ke tanah dan dia penggal kepalanya. Darah berlumuran di mana-mana saja. Dia mengelap dahinya dengan tenang dan berkata, “Kamu perlu buat begitu. Kamu perlu potong arteri itu ketika jantungnya masih berdenyut. Jika tidak, dagingnya akan meloyakan dan kita manusia takkan nak makannya kerana kita tak suka daging yang basah.”Jadi di dasar dan di balik tabir budaya kita, terdapat jumlah pembunuhan yang besar – 75 juta haiwan sehari di Amerika Syarikat sahaja disembelih untuk makanan. Bilangan ini sukar nak dibayangkan dan itu latar belakang budaya ini kecuali kita mula melihat di balik tabir penafian kita dan menerima hakikat keganasan ini, bukan hanya kepada manusia yang perlu melakukan kekejaman macam ini pada skala besar-besaran dan apa kesannya kepada mereka. Jika kita baca buku tentang apa yang pekerja rumah sembelih dan pekerja ladang cara kilang alami: keganasan, penderaan pasangan, ketagihan dadah, ketagihan arak, kesengsaraan dalam hidup mereka. Kira-kira satu bilion orang kekurangan zat makanan dan kelaparan secara kronik, tetapi satu bilion orang lagi obes dan berat badan berlebihan secara kronik kerana mereka memakan, melahap haiwan yang diberi makan bijirin.Kemusnahan besar-besaran kepada alam sekitar dan pengabaian yang mendasari itu telah disuntik ke dalam diri kita oleh budaya dan agama kita, oleh setiap institusi kerana kita tidak mahu lihat ini kerana ia bertentangan dengan sifat asas kita. Jadi idea yang mendasarinya adalah bangkitkan belas kasihan inheren kita. Saya rasa ini ialah panggilan besar yang kita semua ada. Ini ialah transformasi penuh kemurahan, revolusi penuh kemurahan, evolusi penuh kemurahan yang mendasarinya yang budaya kita inginkan Kita boleh lihat sekarang ia betul-betul di atas pinggan kita!Saya ingin mengajak kita semua di dalam bilik ini dan semua orang yang dengar ini atau menonton ini pada bila-bila saja supaya masuk ke dalam komuniti kita dan sebarkan mesej ini. Saya baru sertai suluk bagi buku saya, ‘Diet Keamanan Dunia’. Empat puluh orang keluar dan sekarang mereka ajarkan idea dalam ‘Diet Keamanan Dunia’ dalam komuniti mereka. Kita boleh buat begitu dengan semua cara dan bentuk pendidikan vegan. Ini gerakan akar umbi. Ia takkan datang, barangkali untuk seketika, ke media massa, tetapi ia boleh – akan begitu apabila kita jadi cukup kuat. Jadi teruslah sebarkan mesej yang sangat baik ini. Terima kasih banyak-banyak. Semoga kalian diberkati. Itu sangat baik. Terima kasih. (Terima kasih. Terima kasih, terima kasih.)Photo Caption: “Semua Musim Mengingatkan Seseorang tentang Sifat Fana Hidup Ilusi, tetapi Juga Ingatkan Seseorang tentang HIDUP SEBENAR di Sebaliknya”











